Analisa Pilihanraya Umum ke 12

Telah pun berlalu piliharaya ke 12 baru-baru ini yang menatijahkan kelemahan UMNO seperti mana yang telah saya perkatakan dalam post yang lalu. Barisan Nasional, sepertimana yang dijangkakan tetap dapat menubuhkan kerajaan walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 seperti yang diharapkan mereka. Walaupun masih memenangi di Johor,Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang serta Perlis, majoriti setiap kemenangan samada peringkat DUN dan Parlimen menunjukkan ketirisan majoriti undi BN yang merundum, sebaliknya menunjukkan sinar kepada barisan pembangkang untuk lebih bekerja kuat pada pilihanraya akan datang.

Seperti mana yang dijangkakan, pakatan pembangkang nampaknya walaupun menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan, mula menunjukkan retak apabila bertelingkah tentang Menteri Besar dan jawatan Exco.

Nampaknya PAS lebih cermat menguruskan kejayaan mereka di Kedah dan Kelantan berbanding PKR dan DAP yang mula menunjukkan kerakusan jawatan demi penonjolan idealogi yang berbeza sesama mereka.

Hak-hak ketuanan Melayu dalam negara ini mula diancam bahaya di mana PKR dan DAP mula bercerita tentang kesamarataan. DAP yang didokongi oleh extrimis bangsa Cina mula menunjukkan keangkuhan tanpa memperdulikan tentang hati dan perasaan orang Melayu.

Bagaikan terasa kita akan terpinggir selepas ini....dan bagaikan terasa kita akan mendapat nasib yang sama seperti Melayu di Singapura!

Catat Komen

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik