Akademi Hartanah PKNS

Tahniahlah kerajaan Selangor kerana menerusi PKNS telah melaksanakan anjakan terutama mengisi minda-minda pentadbir dan kakitangan bagi melancarkan pengurusannya untuk rakyat. Saya harap bukan saja pegawai dan kakitangan saja yang dihantar, sebaiknya dimulakan dengan Tuan Pengurus Besar, Timbalan2 Pengurus Besar, Ahli Lembaga Pengarah dan ketua-ketua jabatan di mana mereka ini duduk di barisan hadapan bagi memartabat dan memperkasakan pengurusan sesebuah ajensi yang dimiliki Kerajaan Negeri sendiri. Selepas itu barulah kepada pegawai2 tinggi dan rendah serta kakitangan sokongan dan bawahan.

Apa yang lebih penting adalah memahami dan menyedari bahawa mereka adalah pemacu penjanaan yang menggerakkan ekonomi hiliran yang disambut dan digalas oleh peniaga-peniaga seperti pemaju2 perumahan, kontraktor2, perunding2 professional dan seterusnya.  Barisan hadapan dan seluruh jentera PKNS hendaklah faham bahawa memakmurkan ekonomi terutama di bidang hartanah adalah kerja mereka dan sebarang tindak-tanduk mereka akan memberi kesan kepada ekonomi rakyat keseluruhannya terutama rakyat negeri Selangor.  Saya harap selepas ini mereka menyemak semua perkara-perkara yang telah terlewat, terlambat dan menghargai masa terutamanya dalam pengeluaran hakmilik individu, Sijil Layak Menduduki dan mengatasi masalah setinggan dan rumah flat kos rendah.

 
Saya tegaskan bahawa akademi ini hendaklah diperluaskan kepada sebuah akademi yang mengajar dan melatih usahawan-usahawan di bidang pemajuan hartanah agar PKNS dapat menjadi peneraju kepada Program Pembangunan Usahawan Hartanah seperti yang diharapkan oleh saya dari www.hartanahmelayu.blogspot.com

Saya yakin dengan amalan jujur, telus dan berfikiran ilmuan serta dengan semangat jitu, PKNS akan lebih maju dan harapnya PKNS tidak menjadi sebuah syarikat kerajaan yang menjadi Pemaju Hartanah sebaliknya menjadi payung kepada usahawan2 Pemaju Hartanah.  Terima kasih.

Catat Komen

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik