Makan Avenue - Menterjemah Definasi Pasar Cara Muslim

Foto kredit to: Makan Avenue Facebook

Pasar Cara Islam Anjuran Sunnah Rasulullah SAW

HartanahMelayu (HM) tertarik dengan wujudnya bazar atau medan selera Makan Avenue di tebing sungai Melaka yang rasanya adalah unik kerana dikhabarkan (berdasarkan laporan dan ulasan TV1 RTM Selamat Pagi Malaysia 5 Oktober 2019) telah memberikan peluang kepada 18 peniaga-peniaga makanan untuk berniaga di medan selera ini tanpa dikenakan bayaran!

Diperkenalkan oleh pengusaha Melayu Muslim yang merupakan penganjur Bazar makan ini yang juga merupakan peniaga makan viral iaitu Cendol Kampung Hulu di Melaka, cara ini memikat HM kerana ianya bertepatan dengan cara pasar yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mula berhijrah ke Madinah.

HM juga rasa teruja bilamana dikhabarkan CEO baru Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) iaitu Tuan Mohd Fadzil Hashim pada 2 Oktober 2019 di Cyberjaya baru-baru ini tentang rancangan Koperasi untuk membina Malakat Mall yang juga mempunyai ciri-ciri saranan Rasulullah SAW di mana peniaga-peniaga Muslim yang mula bangkit sekarang hasil dari kempen utamakan produk Muslim atau 'Buy Muslim First" #BMF akan diberikan ruang secara percuma di mall ini. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT untuk kemaslahatan ummah dan memperkasakan ekonomi Muslim secara amnya.

Diharap tiada lagi isu bayaran-bayaran yang tertentu untuk membuat pendaftaran memasukkan produk-produk ke pasaraya atau kedai mart yang membebankan yang selama ini merupakan salah satu halangan terbesar produk keluaran Muslim dapat diperolehi di pasaraya-pasaraya besar ini.

Pemaju Hartanah Muslim

Idea-idea kreatif ini memerlukan pemaju-pemaju hartanah untuk menempatkannya. Tentunya lebih mudah jika kerajaan atau pemerintah turut membantu, baik dari segi dana ataupun penjagaannya untuk venue ini dapat bertahan, selain mutu produk atau mutu layanan dan lain-lain. Namun selama mana kita boleh berharap bantuan ini akan berkekalan? Sewa dan kos-kos lain adalah cabaran akan datang. Hanya dengan memiliki hartanah lokasi ini baru boleh kita keluar dari halangan utama ini.

Jadi usaha-usaha ini akan dapat diatasi dari akar-umbinya iaitu meramaikan lagi usahawan-usahawan Muslim yang menjadi Pemaju Hartanah. Masih ada banyak lagi tanah rezab Melayu yang berada di dalam bandar dan pinggiran bandar yang mampu diusahakan atau dimajukan. Maka tentunya akan ada banyak lagi bazar makan dan Malakat Mall dengan konsep pasar, pasaraya dan bazar makanan Islam ini akan dapat diwujudkan!

Justeru itu HM menantikan #BMF 2.0 yang harus pergi lagi (move forward) ke sektor-sektor utama yang lain tetapi memerlukan perancangan yang teliti dan tempoh masa yang lebih panjang untuk dicapai, contohnya kempen meramaikan lagi usahawan pemaju hartanah Muslim.

Isu Pembangunan Kg Baru, Kuala Lumpur

Dengar khabarnya 90% pemilik tanah Kg Baru Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menerima tawaran, kalau betullah sebab ada juga penafian dikhabarkan. Alangkah baiknya jika kerajaan dapat membuat satu program melahirkan lebih banyak usahawan-usahawan pemaju hartanah Melayu bermula dengan pemilik-pemilik tanah Kg Baru ini? Kalaulah ada iltizam, pastinya boleh. Dana yang telah diperuntukkan untuk membeli tanah-tanah ini boleh ditukarkan kepada dana pinjaman berkadar rendah (tentunya dengan restu Khazanah Malaysia!) HM sedang mengumpul bahan-bahan untuk idea ini dan dikongsi dalam artikel akan datang. InsyaaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik