Ayoh jadi Usahawan Pemaju Hartanah!

Saya taklah menjanjikan dengan membaca blog ini anda akan terus jadi Pemaju Hartanah yang berjaya. Hakikatnya ada yang tak berjaya dan lebih teruk jadi lebih miskin sebelumnya.  Tapi itulah juga hakikatnya bahawa apa yang saya tulis dan ingin kongsikan ini juga bukannya mimpi yang tidak boleh jadi nyata. Saya hanya boleh pandu dan bimbing tapi hanya Allah jualah yang akhirnya menentukan samada kita berjaya atau tidak. Sekurang-kurangnya kita mencuba dan berusaha lalu disertakan dengan doa.

Saya juga boleh mengelakkan anda dari membuat kesilapan dan khilaf yang sama sewaktu saya memulakan usaha pemajuan tanah berdasarkan kepada pengalaman saya. Tak perlu diulangi.

Memang menakutkan apabila anda bermimpi nak jadi Jutawan Hartanah sebabnya stiga negatifnya amat kuat dipromosikan bagaikan anak muda kita terutama orang Melayu dan bumiputera takkan mampu menjadi pemaju hartanah.  Tapi saya boleh buktikan bahawa semua stigma itu salah belaka sebaliknya kita mempunyai banyak sebab untuk menjadi lebih berjaya dari kaum lain di negara ini mahupun di peringkat global.

Maka berikan saya 10 orang anak muda untuk membuktikannya....ayoh jadi usahawan pemaju hartanah.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
It is really interesting. Bang! me & afri had a few land..can we talk futher after i coming back from dubai. I will PM u.
hjrozman berkata…
InsyaAllah! Sama2 kita cari keredhoan Allah.
Tanpa Nama berkata…
saya punyai impian untuk menjadi pemaju hartanah.Tapi tuan haji, dari pengalaman saya, sukar untuk mendapatkan mentor. Kebanyakkan mereka yang berjaya sibuk dan tiada masa untuk share ilmu jauh sekali jd mentor. Yang saya jmpa pun, bukan mencurahkan minyak tapi mencurahkan air. Apa nasihat tuan haji pada saya? apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk mencapai impian saya? mohon nasihat dan pandangan tuan haji. Semoga Allah memberkati hidup tuan haji dunia akhirat. Amin

Usahawan Hartanah berkata…
Saya amat berminat menjadi developer .bagaimana dapat saya berguru dgn Tuan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik