PEMIMIPIN MELAYU KHIANAT? - Zaharah Sulaiman Dedah Rahsia Kekuatan Ekonomi Cina Malaysia



Tanah-tanah bernilai tinggi diberi kepada warga pendatang, sedangkan tanah-tanah yang diberikan kepada Melayu adalah di luar bandar dan hanya dibenarkan untuk menanam padi

Pendedahan berani oleh Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Puan Zaharah Sulaiman semasa syarahan beliau bertajuk 'Asal-usul Melayu, Induknya di Benua Sunda' yang turut membentangkan beberapa rahsia perjanjian asal beberapa perkara yang melibatkan penyerahan pemberimilikan tanah secara besar-besaran kepada warga pendatang sebelum kemerdekaan pada tahun sekitar 1953 pastinya mengejutkan kita bagi yang mahu berfikir.

Zaharah berkongsi hasil kajiannya dalam buku ‘Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda’, yang sekitar September 2019 lalu membuktikan bahawa kaum Melayu merupakan kaum paling bertoleransi tinggi dan paling tidak materialistik di dunia ini.

“Sejak dari dahulu, Melayu telah ditolak ke kampung-kampung dan mempunyai kehidupan yang santai dan tenang. Kerajaan (dalam konteks ini adalah British) pula hanya membina bandar-bandar yang diduduki bangsa asing,".

Zaharah juga telah mendedahkan tentang beberapa dokumen yang kini baru saja dilepaskan dari kelasifikasi rahsia yang mengesahkan bahawa British ketika sebelum merdeka telah memberikan pemilikan tanah yang berpotensi dan bernilai kepada warga pendatang Cina ketika itu untuk perlombongan timah, besi dan emas serta perladangan bersaiz besar yang berkeluasan beratus ribu hektar. Kerajaan British juga telah membelanjakan lebihkurang RM100 juta (nilaian ketika itu) untuk pembinaan infrastruktur bagi pembinaan bandar-bandar yang kebanyakkan tanah-tanah bandar adalah dimiliki oleh warga pendatang.

Akhirnya dengan tanah-tanah dan bantuan ini menyebabkan warga pendatang ini tiba-tiba menjadi kaya-raya dan menguasai ekonomi negara menjelang kemerdekaan Tanah Melayu dan akhirnya ketika pembentukan negara Malaysia. Dan orang Melayu terus menerus dilabel sebagai 'pemalas'!

Didedahkan juga UMNO di peringkat awal turut 'meminta sedekah' kepada warga Cina itu yang akhirnya memberi pinjaman RM500 ribu untuk menggerakkan aktiviti UMNO yang juga baru mengetuai kerajaan baru selepas berjaya mendapatkan kemerdekaan.

Kenapa Menjadi Rahsia?

Entah kenapa dokumen-dokumen awal perjanjian dan persefahaman ini dikelasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh disebarkan kepada orang-ramai atau rakyat Malaysia khususnya, tidaklah dapat dipastikan kenapa dan logik akal pun tidak dapat menyimpulkan apa-apa kerana yang pastinya tiada apa yang hendak dimalukan (bagi pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu) dan juga kepada pemimpin-pemimpin warga pendatang yang ketika merdeka telahpun menjadi warganegara Tanah Melayu ini.

Malah ianya tidak dijadikan pembelajaran rasmi di sekolah-sekolah sejak dari dulu lagi hanya meneriakkan bahawa terdapat perjanjian persefahaman tetapi selama ini tiada dokumen yang membuktikan perjanjian ini ada kerana ianya tidak dimaktubkan dalam perlembagaan negara secara terus-terang atau dengan sejelasnya. Malah dari segi perundangan juga kekadang kita melihat kekeliruan dari segi tafsiran yang pelbagai oleh beberapa hakim yang juga membawa kepada masalah ini menurut tafsiran mereka sendiri.

“Bukan mengenai rasis atau menindas. Kita pandang dari segi sejarah, sudut mana kita dipinggirkan dan kajian saya ini boleh digunakan sebagai rujukan termasuklah rujukan kerajaan bagi takrifan Melayu dalam perlembagaan negara,” katanya sempena Program Syarahan ‘Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda’ di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISRAC), Khamis.


Mengapa terlalu banyak sejarah Melayu telah disembunyikan sehinggakah anak-anak pendatang suatu ketika dulu kini telah menjadi warganegara dan melahirkan anak-anak dan generasi yang tidak tahu mengenal sejarah? Inilah yang menjadi 

Tahukah anda semasa Perang Musuh Bisik yang dilancarkan oleh Thai ke atas Kedah pada tahun 1821, tentera Thai telah bermaharajalela membunuh beramai-ramai orang Melayu di Kedah? Tawanan perang diseksa dengan cara yang sangat kejam supaya mati perlahan-lahan. Hampir pupus Melayu di Kedah.

Tahukah anda kenapa Perang Naning berlaku? Ini adalah kerana kerajaan British mahu mengambil tanah-tanah Dol Said dan diserahkan kepada warga pendatang untuk perlombongan! 

Berikut adalah satu lagi link youtube ceramah Puan Zaharah secara penuh, tp ada pembukaan dan pentup oleh sang penganjur dan emcee.



#BMF Pemajuan Hartanah Rezab Melayu

Sudah sampai masanya kita tidak mengharapkan sangat kerajaan membantu kita untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Muslim. Haruslah kita sendiri bertindak dan berusaha sendiri dan HM merasakan bahang kempen #BMF atau #BuyMuslimFirst ini bolehlah dikembangkan kepada sektor pemajuan tanah rezab Melayu, tanah adat dan tanah-tanah yang berada dalam simpanan Baitulmal.




Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik