eBook "Rahsia Menjadi Pemaju Hartanah" bakal dilancar!

Hartanah yang tidak dimajukan merupakan suatu kerugian kepada pembangunan ekonomi untuk diri sendiri, warisan generasi dan ummah. Foto by hjrozman - 12 Apostle, Melbourne 2012

Rahsia Menjadi Pemaju Hartanah

Atas permintaan yg seringkali dihantar ke email dan facebook, saya fikir sudah sampai masanya ebook tulisan saya ini diedarkan secara luas, namun begitu setelah disemak saya rasa ada beberapa perkara sudah tidak relevan lagi dengan masa sekarang, ianya perlu diubahsuai. Banyak juga yang telah berubah kerana buku ini ditulis sekitar tahun 2005 hingga 2007 mengambil sepenuhnya pengalaman saya bergelumang sebagai Pemaju Pembangunan hartanah samada secara bersendirian mahupun secara perkongsian saham dengan individu-individu lain, termasuk yang bukan Melayu.

Pada masa itu, tanah-tanah yang berpotensi untuk dimajukan masih banyak dan nilai yang diminta oleh tuan-tuan tanah tidaklah begitu tinggi mengikut harga pasaran tetapi kini kebanyakkan tuan-tuan tanah telah ramai yang pandai melihat potensi nilai tanah mereka berpandukan kepada nilai semasa tanah sekeliling yang telah dimajukan. Alhamdulillah, baguslah begitu. Dari dulu lagi saya sering menasihati tuan-tuan tanah yang datang pada saya terutamanya yang bertanyakan tentang harga nilai yang boleh dijadikan panduan untuk membuat perundingan dengan bakal-bakal pemaju, pertamanya harus melihat nilai semasa tanah-tanah yang telah dimajukan.

Sepakat memajukan tanah


Saya rasa ebook ini perlu saya tambah dengan memasukkan juga peranan tuan-tuan tanah yang berpotensi untuk menjadi pemaju hartanah bagi tanah mereka sendiri. Sekiranya mereka berkongsi tanah dengan adik-beradik atau keluarga hasil dari tinggalan pusaka, lebih eloklah semua pemilik-pemilik bersatu hati dan sepakat untuk memajukan tanah mereka sendiri kerana apabila telah dimajukan bermakna nilai hartanah tersebut akan meningkat dengan drastik. Apabila tuan-tuan tanah sendiri menjadi pemaju, maka risiko kerugian di atas ketidakjujuran pemaju mungkin boleh diatasi, takkan kita nak menipu diri kita atau keluarga kita sendiri? Betul ke?

Itu sendiri kena jawablah. Apapun yang lebih pentingnya adalah tanah-tanah tersebut dimajukan sekaligus semua urusan untuk 'update' dokumen-dokumen rasmi seperti cukai tanah, penukaran hakmilik dan lain-lain dengan sendiri akan diselenggarakan dengan segera.  Salah satu sebab kenapa orang-orang Melayu yang mempunyai hartanah tetapi masih lagi hidup di takuk lama dengan kuasa ekonomi diri sendiri dan keluarga tidak meningkat adalah kerana kegagalan kita untuk menyelesaikan urusan dokumen-dokumen ini samada di peringkat Pejabat Tanah, Pejabat Majlis Daerah atau Perbandaran dan lain-lain yang akhirnya jika kita atau salah seorang dari ahli pemilik tanah itu pula meninggal dunia, maka semakin sukarlah kerja-kerja memajukan tanah tersebut dimulakan.

Cerita di atas adalah salah satu sebab betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu dan beragama Islam kini berada di bawah nama dan seliaan Jabatan Agama Islam dan Amanah Raya, yang tidak dituntut atau berbalah dalam penentuan waris, dan lain-lain dan akhirnya tidak dimajukan sejak sekian lama.

Mengapa tidak dimajukan? Agaknya nak tunggu habis dihakis air laut spt gambar di atas agaknya. Foto di atas diambil secara percutian saya ke Melbourne akhir tahun 2012 lalu...12 Apostile...

bersambung....

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
assalamualaikum, saya berminat menjadi usahawan hartanah, mohon pencerahan dr tuan dengan izinNya
Tanpa Nama berkata…
Bagaimana dgn ebook nya?
Tanpa Nama berkata…
salam tuan...
saya berminat ingin membeli ebook ini...
eiz_281203@yahoo.com.my
hjrozman berkata…
Assalamualaikum WBT! Mohon maaf kerana terlekaan saya dalam menguruskan blog ini. Buku ini masih dalam proses. Akan saya war-warkan bila sudah siap sepenuhnya. Tkasih

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik