Isu Paya Jaras - Antara Ihsan, Banjir dan Undang-Undang

Foto paya jaras kredit kpd: cempedakcheese.com 

HM amat memahami masalah ini kerana terlibat sepenuhnya dalam projek pembangunan semula setinggan dari tahun-tahun 1995 hingga 2000. Memang menjadi masalah yang besar terutamanya jika ianya melibatkan setinggan tegar, iaitu setinggan yang telah menduduki tanah kerajaan atau tanah persendirian lebih dari 20 tahun, apatah lagi mereka telah diberikan sepenuhnya kemudahan infrastruktur seperti jalan yang baik walaupun ala-kadar, bekalan elektrik dan juga air serta telefon.

Masalah setinggan kini tidaklah begitu tenat semasa tahun-tahun sebelum Pakatan Rakyat (sebelum Pakatan Harapan) mengambil-alih pentadbiran Negeri Selangor. Di peringkat awal, beberapa projek setinggan tegar seperti di Bukit Botak, Selayang yang telah berlarutan sejak 20 tahun di bawah pemerintahan BN dahulu dapat diselesaikan oleh MB ketika itu, Tan Sri Khalid bersama Exco Ir. Iskandar serta Adun Selayang ketika itu. Begitu juga di Hulu Klang, Kelang dan beberapa kawasan lagi.

Foto dari fb YB Noh Omar


Jadi seharusnya MB sekarang mendapat pegawai dan kakitangan yang sudah berpengalaman bagaimana menyelesaikan masalah ini dari berlanjutan sehingga sekarang sehingga menjerumuskan masalah perobohan ini dengan harmoni dan berihsan. Walaupun HM ketahui bahawa terdapat warga negara asing yang turut mendiami rumah-rumah tersebut tetapi tidak ada pula HM nampak penafian atau permberitahuan rasmi dari mana-mana pihak berkuasa tentang status kewarganegaraan ini menyebabkan HM merasakan bahawa tiada warga asing sebenarnya. Jika ada, maaf dipinta. Hakikatnya mereka adalah manusia yang seharusnya kita mengutamakan sikap berlembut dan berhemah.

Bayangkan berada di luar atau dalam khemah yang terdedah dengan musim jerebu sehinggakan sekolah ditutup, sikap ihsan itu semacam tiada dari pentadbir negeri Selangor Darul Ehsan ini!

Dalam isu ini, semasa tawaran projek ini diberikan kepada kontraktor, sepatutnya kontraktor dan pegawai kerajaan yang meluluskan projek ini sudah tahu bahawa telah ada setinggan menduduki tanan simpanan sungai ini, dan tahu bahawa akan ada masalah dalam perlaksanaannya yang sudah tentu akan melambatkan jadual kerja pelebaran dan mendalamkan sungai tersebut yang dikenali sebagai Sungai Kedondong.

Notis sudah diberi sejak dari tahun 2015 dan ini bermakna semuanya jentera kampung baik dari parti siasah dan pentadbir tanah sudah tahu dan sepatutnya sudah bersedia lebih awal, termasuklah membuat usaha mendapatkan rumah-rumah yang mampu milik atau mampu mereka sewa. Dan apalah salahnya hingga menanti waktu akhir selaras dengan permintaan mereka untuk berpindah pada akhir tahun ini seperti yang telah diberitau. Kontraktor ini tidak perlu diberi VO kerana kerajaan boleh berpakat memberikan mereka lesen menjual pasir sungai yang sememangnya amat diperlukan oleh kilang-kilang pembuat konkrit di Lembah Klang. Pasir di negeri ini memang harganya lebih kurang nilainya dengan emas!

Namun perkara ini telahpun berlaku, penduduk yang terlibat sudah pun dibantu oleh banyak pihak yang samada mengambil peluang seperti yang dilaporkan oleh MB sendiri ataupun memang ikhlas membantu yang sedaya-upaya dengan niat fisabillah, wallahualam! ADUN pun sudah meminta Lembaga Zakat Selangor membantu dan alhamdulillah nampaknya jentera baru nampak turun padang dan menghulurkan bantuan. Penduduk Kg. Kubu Gajah dan Paya Jaras pun sebenarnya menderita juga setiap kali hujan turun lebat dan dalam tempoh yang lama, pastinya banjir melanda dan mengakibatkan banyak kerosakan.

Perbanyakkanlah rumah kos murah dan rumah sederhana rendah kepada rakyat. Rumah mampu milik biarlah benar-benar mampu milik.

Allah lah sebaik-baik penyusun rancangan ini! 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik