MAKLUMAN

Saya dan rakan-rakan Pemaju Hartanah Melayu telah mula berbincang sesama sendiri untuk menubuhkan PERSATUAN PEMAJU HARTANAH MELAYU MALAYSIA. Namun begitu kami masih belum mempunyai ahli korum yang cukup untuk didaftarkan kerana setakat ini hanya mempunyai ahli-ahli dari negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Kami memerlukan lagi sekurang-kurangnya ahli-ahli dari 5 negeri yang berasingan agar boleh memenuhi syarat untuk didaftar menggunakan nama persatuan seperti di atas.

Itulah sebab utamanya saya tidak buat `upgrade’ pada laman ini kerana menanti Persatuan ini diwujudkan dan saya telahpun berjanji kepada rakan-rakan ahli bahawa saya akan membubarkan laman ini dan seterusnya meletakkannya di bawah pengurusan Persatuan ini.

Oleh itu sekiranya ada sesiapa yang berminat dan layak untuk menjadi ahli penaja persatuan ini sila hubungi saya menerusi email
admin@hartanahmelayu.com atau hjrozman@gmail.com

Untuk melihat syarat-syarat kelayakan sebagai ahli, nanti saya akan postingkan. Terima kasih.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik