Bujet 2010-Dibejat,disejat & terkujat!

Perangai saya bila ramai sangat berebut-rebut nak komen dan puji bujet 2010 yang dibentangkan oleh PM di Parlimen baru-baru, saya jadi malas nak ambil tahu. Cuma adalah sahabat FB dari drumah.com yang rajin hantar maklumat tentang beberapa 'highlight' kononnya umpama durian runtuh untuk rakyat. Betul ke?

Baru-baru ini pada 2 Nove 2009, saya telah dijemput oleh sahabat dari Akademi Kenegaraan yg bertempat di Biro Tatanegara untuk mendengar dan mengambil bahagian dalam program BICARA PETANG bersama Dato' Salleh Majid yang bolehlah dikatakan sebagai antara penganalisa ekonomi yang tersohor di negara ini.

Dalam keletihan saya pergi juga kerana tajuk BICARA PETANG itu adalah berkaitan dengan Budget 2010 dan kesan atau impaknya pada orang-orang Melayu. Kehadiran memanglah tak menggalakkan dan ini tidaklah menjadi suatu yang luarbiasa kerana kebiasannya memang orang-orang Melayu tak berapa minat nak bincang hal ini selain dari hal politik, program hiburan dan liburan realiti atau berkampung di program-program Sureheboh dll.

Ceramah ugama pun kena pastikan ada unsur2 politik atau mencera sesama; kalau 100% ilmu memang tak ramai dan yang tak ramai tu pun sebelum habis ceramah akan beransur-ansur susut sebab ramai yang akan cabut.

Apa yang menariknya? Tak ada apa-apa. Saya lihat perkara yg sama dibincangkan berulang-ulang tapi kesimpulannya ramai yang bimbang melihat masalah 'delivery system' oleh pegawai dan kakitangan kerajaan kepada rakyat. Kerajaan telah merencanakan pelbagai agenda dan pemberian budget khususnya kepada sektor SME, Pertanian dan Inovasi Kreatif tetapi adakah ianya benar-benar sampai kepada individu atau kumpulan yang betul?

Saya memang malas nak campur sembang-sembang yang sebegini kerana perbincangan ini tak akan membawa ke mana pun! Sebenarnya bukan hanya 'delivery system' yang perlu dibaiki oleh sektor kakitangan kerajaan tetapi juga 'input system' di mana banyak perkara (atau kesilapan!) yang sama berulang-ulang berlaku terutamanya ketirisan peruntukan yang disalurkan. Cuba saja lihat berapa banyak yang diperlukan untuk belanja pengurusan sektor perkhidmatan awam ini? Lebih dari RM90 billion dari RM130 b yang diunjurkan! Mujurlah kita masih ada minyak dan Petronas yg biasanya akan menyumbang 2/3 dari unjuran yang dibuat untuk tahun akan datang. Tapi sampai bila?

Yang lebih malang dan mendukacitakan saya UDA telah diperuntukkan sebanyak RM300 juta? Tetapi program untuk meramaikan lagi usahawan pemaju hartanah melayu masih tak ada. Pembelian harta juga ada diperuntukkan untuk membeli hartanah atau bangunan perniagaan dan kilang tetapi nantinya pegawai-pegawai kerajaan akan pilih aset mana?

Dalam bidang industri pemakanan dan hasil tani, saya yakin orang Melayu akan berjaya seperti Burger Ramly, Adabi, Kicap Cap Udang dll sekadar menyebut beberapa nama kerana pasarannya sudah tersedia. Apatah lagi sekarang HALAL itu dipromosikan sebagai strategi penjenamaan meninggalkan elemen-elemen agama itu sendiri sehingga ianya menjadi pesaing tegar kepada pengusaha-pengusaha Islam!

Tetapi memberikan banyak peruntukkan untuk menjadikan kaum bumiputera dan Melayu bergiat di dalam perindustrian dan perkilangan khususnya pengeluaran bahan binaan sudah tentu pincang kerana kerajaan sendiri tidak memfokaskan ke arah membina Usahawan-Usahawan Bumiputera dan Melayu untuk bergiat dalam industri pemajuan hartanah yang diharapkan dapat menjadi rangkaian pembeli kepada syarikat-syarikat pengeluar dan sektor pembinaan. Seharusnya Kerajaan memandang dan mengkaji semula perlaksanaan ini kerana kebanyakkan pasarannya telah dimonopoli dari zaman sebelum merdeka lagi!

Sebenarnya saya masih lagi dihubungi oleh beberapa pelajar universiti, individu yang berminat yang meminta saya menganjurkan lagi program SEMINAR USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU namun saya sudah tidak berdaya untuk melaksanakannya secara solo. Kita tunggulah bila saya mampu dari sudut tenaga nanti saya akan merancang seminar ini diteruskan.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik