Tanah wakaf berpotensi untuk dikomersialkan

PETALING JAYA 16 Dis. - Kerajaan bercadang membangunkan tanah wakaf yang berpotensi dimajukan sebagai pusat komersial perdagangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, usaha itu memerlukan kerjasama pihak swasta, institusi kewangan serta agensi terlibat dalam melaksanakan pembangunan ekonomi ke atas tanah-tanah tersebut.

''Kita sedia maklum tanah wakaf terlalu banyak tetapi usaha membangunkannya amat terhad kerana tiada pihak swasta dan institusi kewangan tampil memberikan pinjaman bagi membiayai pembangunan ke atas tanah tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan cawangan Bank Islam Kota Damansara di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Mohd. Bakke Salleh dan Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir berkata, bukan semua tanah wakaf boleh dibangunkan untuk tujuan komersial kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa berlainan terhadap tanah wakaf.

''Tanah wakaf di setiap negeri tertakluk di bawah bidang kuasa majlis agama masing-masing kerana ada orang Islam mewakafkan tanah mereka untuk tujuan pembinaan surau dan masjid," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata, langkah yang dilakukan oleh Bank Islam untuk membangunkan tanah wakaf merupakan inisiatif terbaik sektor korporat di negara ini.

''Usaha ini diharap dapat memberi suntikan baru terhadap umat Islam untuk memastikan tanah terbiar diterokai untuk tujuan pembangunan di samping menambah nilai ke atas tanah yang hendak dibangunkan," katanya.

Rencana ini dipetik dari Utusan.com.my untuk sama-sama kita renungkan mengapa kita sebagai umat Islam masih tidak mampu menjana keperkasaan ekonomi menerusi pembangunan usahawan pemaju hartanah di negara ini dan secara global?

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik