Definasi Usahawan Pemaju Hartanah

Dalam buku ini, definasi usahawan pemaju hartanah adalah bilamana ada kalangan individu atau kumpulan yang berhasrat membuat atau memajukan sesebuah tapak atau kawasan tanah yang berpotensi kepada pembangunan yang mengikut undang-undang seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, kolej swasta, perkampungan, perhotelan, ‘resort’ dan rumah tumpangan termasuk ‘homestay’ yang berasaskan kepada perlancongan alam semulajadi (ecotourism) atau ‘medication’. 

Kerja-kerja pembangunan ini juga akan disebut sebagai kerja-kerja pemajuan hartanah atau pembangunan hartanah.  Unit-unit perumahan, kedai, pejabat, kompleks pasaraya dan lain-lain adalah juga disebut sebagai produk-produk hartanah dan kadang-kala disebut juga sebagai komponen pembangunan. Kebiasaannya semua produk-produk hartanah yang dimajukan oleh Pemaju Hartanah adalah untuk dijual atau pun disewa-pajak kepada syarikat pengurusan lain (Property & Asset Management Company) untuk menguruskannya.

Panduan juga akan diberikan khusus kepada kalangan yang ingin menjadi Usahawan Pemaju Hartanah samada untuk perumahan, perdagangan dan perindustrian di mana saya mempunyai pengalaman secara terus (direct) dan eksklusif untuk menulis, menceritakan atau menerangkannya.Dalam sektor pembangunan hartanah untuk pertanian atau pelancongan, dengan tulus ikhlas saya memberitahu bahawa saya memang tidak mempunyai pengalaman dan sekiranya saya menyentuh juga berkenaan produk-produk ini, ianya merupakan pengalaman-pengalaman percubaan saya untuk memasuki bidang ini tetapi ketika buku ini ditulis atau diterbitkan, usaha saya masih tidak lagi berjaya.

(Dipetik dari manuskrip buku Panduan Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah tulisan saya)

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik