Antara Pemaju Hartanah, Pelabur Hartanah dan Ejen Hartanah

Saya mendapat banyak email pertanyaan dari pembaca yang berminat menyertai perniagaan hartanah. Ada yang meminta panduan dan ada yang meminta tip-tip untuk memajukan tanah-tanah milik mereka atau keluarga. 

Ada juga kalangan siswazah yang menghantar email kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu memulakan perniagaan sebagai Pemaju hartanah, Ya! Sebagai pemaju hartanah, bukan sebagai Pelabur Hartanah atau ‘real eastate agent’ (Ejen Hartanah). 

Ejen Hartanan dan Pelabur hartanah adalah salah satu perniagaan hiliran atau cabang di bawah perniagaan Pemaju Hartanah.  

Ejen Hartanah adalah kerjaya professional yang menemukan penjual dengan pembeli bagi satu-satu aset hartanah dan hasilnya Ejen ini akan mendapat komisyen daripada transaksi ini sekiranya berjaya. 

Pelabur hartanah adalah seseorang atau sekumpulan secara individu ataupun dengan cara berkongsi, bersyarikat, berkoperasi atau berpersatuan yang membeli aset-aset hartanah samada yang dibeli menerusi Ejen Hartanah ataupun membeli terus dari pemilik-pemilik aset hartanah asal.  Tindakan selepas mereka melabur itu yang akan menjustikasikan samada mereka berganjak menjadi Usahawan Pemaju Hartanah atau kekal sebagai Pelabur.   

Sebagai pelabur hartanah, anda hanya membeli sesebuah aset dalam bentuk produk siap atau aset tanah yang kemudiannya membekukan aset tersebut (tanpa diusahakan) menanti untuk dijual semula dengan harga lebih tinggi; ataupun menyewakan aset tersebut sebagai pendapatan utama ataupun tambahan; ataupun sebagai pendapatan dalam tempoh persaraan.  

Pelaburan hartanah merangkumi perniagaan jual-beli tanah, perumahan, kedai, kilang atau apa-apa trading yang melibatkan aset hartanah samada dalam bentuk tanah (mentah) ataupun produk yang telah siap dari tangan Pemaju ataupun ‘2nd hand’ mahupun dari proses lelongan. Sumber aset adalah dari penjual yang ingin menjual atau berhak menjual (biasanya pelelong!). Itulah definasi Pelabur Hartanah.Ada ramai yang sudah berjaya sebagai Pelabur Hartanah contohnya Sdr Azizi Ali penulis buku Jutawan Hartanah yang popular itu! Tapi Azizi lebih menjuruskan kepada pelaburan ke atas hartanah lelong (dalam bentuk produk siap) dan menarik juga sekiranya anda boleh memulakan perniagaan anda dari jualan lelong.  Tak perlu saya cerita lebih panjang kerana sekiranya anda ingin memulakan perniagaan hartanah, buku-buku dari Sdr Azizi pasti dapat memberi anda idea atau membuka minda. 

Yang pentingnya sebagai usahawan, anda jangan melarikan diri dari sebarang maklumat atau malu-malu untuk mempelajari sesuatu dari orang lain khususnya yang sudah berjaya. Hidup ini juga adalah suatu proses pembelajaran sepanjang hayat! Jangan angkuh atau ego menolak pandangan dan pendapat orang lain! (Sebab saya juga membeli dan membaca buku-buku tulisan saudara Azizi!) 

Tetapi sebagai Usahawan Pemaju Hartanah, definasinya adalah lebih besar serta skop perniagaannya adalah lebih meluas. (Bersambung....)

-Dipetik dari manuskrip Panduan Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah yang ditulis oleh saya.



Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
salam,I am Aliff Aizzat here to provide service for your customer on PROPERTY VALUATION and MORTGAGE LOAN issue.Hope our professional assistance will ease your job.You also may contact me at
018-9743472 and email me at aliffaizzat@gmail.com
So any cases we can assist you now?
We r bank outsource.we form by group bankers,valuers and credit.we specialize in valuation n bank approval.we deal with all major banks like OCBC,CIMB,HL,PB,MBB,RHB and Stand Chart etc.
Unknown berkata…
URGENT SALE!! beberapa unit apartment homestay di suria apartment BUKIT MERAH LAKETOWN SEDIA UNTUK DIJUAL, 60% lebih murah dari nilai sebenar, RM76 k(tiada hutang bank) tel/whatapps 013-505 7887, lokasi: dlm resort, kemudahan kolam renang(waterpark, eco-park, org utan island), 5 minit dr tol, 10 minit ke pusat bandar Taiping(zoo/nite safari, lake garden, bukit larut), sedia dibuat homestay, bersebelahan lake view kolej, pusat haemodialis, surau, rumah kedai/restoran, pelaburan terbaik dlm kawasan Koridor Utara yg pesat membangun, peluang keemasan, pembelian tunai(harga boleh nego lagi!!)

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik