Projek Mega Sg Buloh-Bandar Rakyat?

KWSP akan melaksanakan pembangunan hartanah bercampur yang meliputi rumah mampu milik selain kemudahan komersil, industri dan infrastruktur dengan nilai pembangunan RM10 billion.  Projek ini dijangka siap menjelang 2025.

Diharap nisbah pembangunan rumah mampu milik ini akan mencecah kepada 50% dari jumlah keluasan tanah yang dimajukan ini, barulah boleh dikatakan projek untuk rakyat marhain!

Diharapkan juga KWSP tidak bertindak sebagai pemaju hartanah sebaliknya menggunakan konsep payung yang memberi peluang kepada lebih ramai pemaju-pemaju yang berkelayakan (buat sistem tender terbuka) dan memudahkan pembiayaan menerusi MBSB yg dimiliki oleh KWSP. Ini boleh mengelakkan projek ini dimonopoli oleh satu atau beberapa syarikat pemaju sahaja.

Dan pastikan juga pemaju2 bumiputera dan kontraktor2 utama dan kecil diutamakan atau diberikan kuota (takut pegawai2 Melayu yang diamanahkan terlupa!) tidak kurang 30% jadi barulah nampak perjuangan Melayu itu lebih berkesan dan tidak dikatakan mengulang2 kata2 retorik!

Barulah boleh kata BN JUARA RAKYAT…! Buktinya ada buat Bandar Untuk Rakyat. Bukan Kelentong Rakyat...!

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik