Rahsia Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah - 2

Sesiapa sahaja boleh menjadi Usahawan Pemaju Hartanah, samada seorang peguam, akauntan, tukang masak, penoreh getah, peniaga ikan di pasar borong atau peniaga pasar malam, pegawai bank, Mak Andam, Ustaz/Tok Guru, cikgu, penyanyi, pemuzik, atau apa jua pekerjaan anda atau juga seorang pelajar atau siswazah.  Anda cuma perlukan minat disertakan dengan kemahuan dan modal.

Yang bagusnya perniagaan ini boleh dilakukan secara sampingan dan anda tidak perlu berhenti kerja atau memberhentikan aktiviti perniagaan semasa anda. Anda yang menentukan tahap kesibukan anda!  Anda boleh menyesuai dan mengatur perniagaan anda dari rumah atau dari kereta anda sahaja kerana di peringkat awal memang anda tidak memerlukannya. Anda cuma perlukan sedikit ruang untuk menyimpan dan mengurus fail-fail terutamanya surat-surat dari Jabatan Kerajaan.

Anda cuma perlukan alamat yang tetap kerana perniagaan pemajuan tanah ini MENGAMBIL TEMPOH MASA YANG LAMA yang dianggarkan selama 1 hingga 3 tahun (bergantung saiz projek) untuk disiapkan sepenuhnya. Melainkan anda memang tiada pekerjaan sekarang atau dalam lain perkataan sedang menganggur, atau sedang menanti peluang kerja, anda haruslah menyewa sebarang premis untuk mendapatkan alamat tetap tersebut.  Ini kerana kebanyakkan PBT dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kelulusan sesebuah projek hartanah masih menggunakan cara lama iaitu surat. Mereka belum pandai lagi untuk gunakan teknologi email dan lain-lain cara moden yang boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos. 

Tak percaya? Tak yakin? Tak berani? Tak ada modal? ini semua alasan saja. Siapa yang berminat bolehlah link kan FB anda atau share email anda ke hartanahmelayu@gmail.com  

InsyaAllah saya boleh bantu tetapi kepada yang berminat sajalah....Mulakan sekarang kerana harga tanah semakin hari semakin meningkat.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
salamualaikum.saya mohd amirul merupakan seorang broker tanah.sy brminat dlm bidang tanah dan berhasrat utk mendalami bidang ini tp sy tak tahu macam mana caranya.masalah sy xd modal dan xd pengetahuan.tp sy brsungguh2 dlm kje yg sy lakukan.tolong hubungi sy 01350905488 jika ada maklumat utk sy tahu.tq
Unknown berkata…
saya mohd amirul brminat dl bidang tanah tetapi sy tidak tahu bagaimana hendak memajukannya.utk pengetahuan sy seorang broker tanah.harap pihak tuan boleh hubungi sy utk mmberi ttnjuk ajar pd sy..tq
Unknown berkata…
saya mohd amirul brminat dl bidang tanah tetapi sy tidak tahu bagaimana hendak memajukannya.utk pengetahuan sy seorang broker tanah.harap pihak tuan boleh hubungi sy utk mmberi ttnjuk ajar pd sy..tq

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik