Majlis Pemuafakatan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil Melayu Malaysia (MPEP)

Pada mulanya saya menyertai Majlis ini sekadar mengambil hati sahabat yang berada di dalam NGO Penjaja/Peniaga Kecil Malaysia iaitu saudara Jamaluddin yang katanya blablablablabala......Ya! saya katakan bahawa saya mahu bersara dalam segala dunia NGO apatah lagi dalam segala hiruk-pikuk kepimpinan NGO tetapi apabila sdr Jamal mahu saya curahkan ilmu yg sedikit ini kepada teman dan sahabat2 lain, maka saya jadi mengalah kerana saya sedar kenapa perlu lokek ilmu yg bukan pun milik kita? sekadar pinjaman utk saya? 

Baiklah, kata saya. SMS pun diterima dikatakan saya diterima oleh Datuk Pengerusi dan seluruh Exco yang baru dibentuk. MPEP singkatannya. Mesyuarat pertama (yg saya sertai di Melaka) dan seterusnya juga di Melaka.....memang urusetianya di Melaka dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang memang bersedia menjadi tuanrumah dan sponsor apa saja yang berkaitan dengan bangsa Melayu!

Jadi, apa yang sebenarnya nak saya lakukan? Kpd sebahagian besar barisan EXCO yg juga kabur tentang perniagaan hartanah tetapi bersemangat pada perjuangan Melayu! Justeru itu saya ikut saja. Sesekali kita beri penerangan tentang perlunya kerajaan mengubah corak pembelajaran keusahawanan untuk orang Melayu yang banyak bertumpu kepada perkara hiliran tetapi tidak kepada huluan....

Saya konsisten dengan tajuk ini, iaitu PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU. Dari tahun 2004 saya mula mewujudkan blog Hartanahmelayu.com sehingga berpindah kepada hartanahmelayu.blogspot.com (sebab percuma!) malah (bukan riak-mohon Allah swt ampunkan saya sekiranya ada timbulnya di hati saya walaun sekelumit!) tetapi kesedaran inilah membuatkan saya yang pertama menganjurkan Seminar Pembangunan Usahawan Pemaju Hartanah Melayu sekitar tahun 2006 di Hotel Armada bersama Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Selangor (ketika itu saya sebagai Setiausaha Kehormat GB4B N. Selangor) yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan. Namun usaha saya ini tidak sampai, tidak mampu memberikan impak kepada kerajaan bahawa untuk membantu meninggikan lagi ekonomi Melayu, harus ada program membimbing peniaga Melayu menjadi Pemaju Hartanah.  Kalau kerajaan boleh buat program pembangunan usahawan Kontraktor Melayu, ICT, perkilangan pembuatan/teknologi, saya tidak nampak kenapa tidak Usahawan Pemaju Hartanah?

Sekitar tahun 2008 saya bertemu dengan Dato Fuad Hassan yang di atas kapasitinya sebagai bekas ADUN dan mempunyai kenalan di peringkat kepimpinan tertinggi lalu terhimpunlah beberapa orang usahawan pemaju hartanah Melayu untuk menubuhkan Persatuan Pemaju Hartanah Melayu/Bumiputera Malaysia, dan saya dilantik menjadi setiausaha penaja dan bertanggungjawab merangka undang-undang tubuh persatuan ini bersama peguam yang dilantik oleh Dato Fuad (Pengerusi Penaja) tetapi malangnya Dato hilang fokus dan terus mendiam diri apabila dilantik menjadi Pengarah JASA! Cubaan untuk meneruskan persatuan ini juga gagal kerana gagal menghimpunkan 7 usahawan dari 7 negeri yang berbeza bagi mewakili nama Malaysia lalu terdiamlah segala aktiviti setelah itu.

Muncul berita selepas itu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengambil alih usaha untuk menubuhkan persatuan ini tetapi saya tidak dijemput untuk menyertainya. Persatuan Pemaju Hartanah Bumpitera Negeri Selangor akhirnya wujud (tanpa saya!) dengan inisiatifnya diambil oleh Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din (juga sahabat saya semasa mewujudkan Persatuan Pemaju Hartanah Melayu/Bumpitera Malaysia-penaja).

Mungkinkah dengan MPEP ini mampu menjadikan hasrat saya dan sebahagian besar usahawan pemaju hartanah Melayu yang berskala kecil/sederhana mampu memberikan impak pada kerajaan? 

Pertemuan dengan salah seorang PENASIHAT MPEP yang baru dilantik mungkin memberikan impak. Mungkin? InsyaAllah. Pada 13 Oktober 2011 telah berlaku pertemuan antara ahli-ahli Exco MPEP dengan Datuk Nasir Safar (bekas Pegawai Penerangan Perdana Menteri) di pejabat beliau dan nampaknya impaknya mungkin berlaku dari sini? Datuk Nasir Safar ini adalah tidak asing kepada orang-orang ultra Melayu dan siapa tak kenal beliau kena google lah! atau tidak cari di FB....

Catat Komen

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik