Mengenal JPPH Malaysia - Gudang Ilmu Pembangunan Hartanah

Pengurusan Tertinggi JPPH Malaysia

GUDANG ILMU HARTANAH ADA DI INSTITUT PENILAIAN NEGARA 

Objektif

JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MALAYSIA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan jabatan dan industri harta tanah melalui latihan, penyelidikan dan pendidikan demi memberi perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta yang menepati masa, berkesan dan boleh dipercayai.

Visi

Untuk menjadi pusat latihan, penyelidikan, dan pendidikan yang terunggul dalam bidang harta tanah.

Misi

Melengkapkan tenaga kerja bagi menghadapi cabaran baru dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan yang berwibawa, perkhidmatan perundingan, latihan dan pendidikan bagi memenuhi keperluan dan permintaan industri harta tanah.

Fungsi dan Khidmat:

- Latihan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
- Latihan Pengurusan dan Teknologi Maklumat
- Latihan Profesional dan Pembangunan Eksekutif
- Penyelidikan Harta Tanah
- Dana Penyelidikan Harta Tanah
- Penerbitan Harta Tanah
- Perundingan dan Pembangunan Produk Harta Tanah
- Program Pendidikan Tinggi Bidang Harta Tanah
- Program Penempatan Dalam dan Luar Negeri
- Program Ekspot Perkhidmatan Pakar
- Program Kerjasama Teknikal Malaysia

Foto oleh HartanahMelayu.net 22 September 2019 di Muar, Johor.

HM berharap Jabatan dan Agensi ini agar tampil lebih aggresif menyebar ilmu pemajuan hartanah kepada khalayak marhain seperti mewujudkan lebih ramai usahawan-usahawan baru dalam bidang pemajuan hartanah, dan berharap sektor pemajuan Tanah Rezab Melayu dapat diperkasakan.

Semoga akan datang tidak lagi berlaku perkara salah faham tentang penilaian hartanah disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan.

#hartanah #tanahrezabmelayu 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik