TINDAKAN TEGAS KEPADA PENEROKAAN TANAH HARAM - DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG (DPPNP)

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG (DPPNP) 30 OGOS 2020 | 10 MUHARRAM 1442 H - https://berita.pas.org.my/tindakan-tegas-kepada-penerokaan-tanah-haram/

TAHNIAH KERAJAAN PAHANG ATAS TINDAKAN TEGAS KEPADA PENEROKAAN TANAH HARAM

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengikuti rapat perkembangan isu penerokaan tanah secara haram bagi tanaman durian Musang King di Raub, Pahang yang telah mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan banyak pihak.

  2. Pihak DPPNP ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kebijaksanaan dalam menyelesaikan isu penerokaan tanah secara haram di negeri ini khususnya di Raub pada hari ini. Penerokaan tanah secara haram ini sememangnya perlu diambil tindakan tegas bagi memastikan pengurusan dan pembangunan tanah di negeri ini dapat dijalankan secara teratur dan terkawal. Tambahan pula Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai keluasan tanah terbesar di Semenanjung Malaysia. Jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik, sudah tentu akan menyebabkan kegiatan ini semakin membarah dalam kalangan rakyat negeri ini sekaligus akan membawa kepada banyak natijah yang tidak baik kepada ekosistem, sosio ekonomi dan juga pembangunan negeri ini.

  3. Kami berpandangan isu penerokaan tanah haram ini perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Kanun Tanah Negara bagi pihak-pihak yang terlibat. Hal ini kerana isu penerokaan tanah secara haram ini bukan sahaja akan menyebabkan kerajaan negeri kerugian berpuluh juta setahun akibat aliran keluar hasil negeri secara haram, tetapi juga akan memberi kesan kepada sosio ekonomi setempat termasuklah dalam perkara pembangunan setempat, demografi penduduk dan sebagainya. Maka kerana itu, kami sangat menyokong tindakan kerajaan Negeri Pahang yang memberi tempoh bagi penyelesaian secara dalaman dengan pihak-pihak yang terlibat dengan isu penerokaan tanah secara haram ini. Kami juga mendesak agar tempoh tersebut ditetapkan dengan jelas, dan selepas itu tindakan tegas perlu diambil segera bagi mengekang amalan ini daripada terus berterusan.

  4. Kami ingin menyeru kepada semua pihak agar menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada kerajaan Negeri Pahang dalam menyelesaikan isu penerokaan tanah secara haram di negeri ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kami percaya, isu ini telah dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak gembira dengan langkah bijaksana kerajaan negeri dan sengaja bermain api untuk melaga-lagakan kerajaan negeri dengan pihak-pihak terlibat.

  5. Dikesempatan ini juga, kami ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri agar mempermudahkan urusan permohonan pemilikan tanah kepada rakyat negeri dengan telus dan penuh integriti bagi memastikan pengurusan dan kawalan tanah di negeri ini dapat dijalankan dengan tersusun dan sistematik. Kami percaya dengan langkah ini, akan membantu kerajaan negeri untuk membendung dan mengawal penerokaan tanah secara haram di negeri ini sekaligus akan juga memberi manfaat kepada tambahan sumber ekonomi kepada kerajaan negeri.

  6.  Besar harapan kami untuk melihat pengurusan tanah di negeri ini dapat terus diuruskan dengan penuh integriti dan telus tanpa mengira bangsa dan fahaman politik bagi memberi kebaikan dan kebajikan kepada semua rakyat dan kerajaan negeri ini.



Demi Islam
Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP)

Sumber artikel: https://berita.pas.org.my/tindakan-tegas-kepada-penerokaan-tanah-haram/

Catat Ulasan

1 Ulasan

Alif Naqsyabandi berkata…
Selalu yg kurang ajar ni puak2 cina yg celaka,suka2 mak bapak dia je main teroka tanah2 kerajaan.yg celakanya tu dalang disebalik kegiatan puak cina ni adalah org melayu kita sendiri..sanggup menjadi tali barut bangsa luar.ni yg akhirnya merosak dn menjual maruah negara sendiri dgn bangsa asing seperti cina dan india ni..hati2 bangsaku...sedarlah,,bangkitlah demi nasib anak bangsa kita...

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik