SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU

Tempat: HOTEL ARMADA, PETALING JAYA, SELANGOR
Tarikh: 22 NOVEMBER 2006
Masa: 8 pagi hingga 6 petang
Bayaran:RM100.00 seorang
Ahli Gerakan Belia 4B Malaysia diskaun 20%

DAFTAR PENYERTAAN SILA HUBUNGI:
admin@hartanahmelayu.com

Mari kita duduk bincang sama-sama dan mengumpul input serta mewujudkan jaringan komuniti Usahawan Pemaju Hartanah Melayu samada memajukan tanah- tanah freehold, leasehold mahupun Tanah Rezab Melayu, Tanah Adat dan sebagainya. Matlamat utama seminar ini adalah:-

1. Menjana perkembangan Usahawan Pemaju Hartanah Melayu. Menyedari tidak adanya satu pun Program Pembangunan Usahawan Pemaju Hartanah bagi menggalakkan orang-orang Melayu bergiat cergas menyertai perniagaan ini oleh Kerajaan mahupun Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta ataupun Universiti/Kolej; sedangkan kaum lain telah berjaya menguasai industri ini secara generasi ke generasi

2. Memartabatkan nilai Tanah Rezab Melayu yang kini dinilai kelas ketiga ( berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pihak bank perdagangan yang memberi nilai kelas pertama dan kedua kepada tanah-tanah freehold dan leasehold). Bank-bank perdagangan yang bersedia meminjamkan modal pembiayaan kepada pemajuan Tanah Rezab Melayu pula tidak meluas selain bermacam-macam lagi syarat-syarat ketat yang sebenarnya tidak mahu memberi pinjaman. Hakikat sebenarnya tidak banyak syarikat Pemaju Perumahan kaum lain ataupun korporat yang mempunyai berjuta-juta RM sendiri apabila hendak melaksanakan projek perumahan sebaliknya mohon disokong dan dibantu oleh pihak bank perdagangan menerusi pelbagaian pembiayaan berdasarkan 'kepercayaan' track record turun-temurun syarikat, spekulasi pasaran, produk kreatif dan lain-lain!

3. Memartabatkan Bangsa Melayu. Kita tidak bertujuan menyalahkan sesiapa, sebaliknya jika ada kesedaran kita sebagai orang Melayu hanya aktif sebagai pembeli, menerima segala bentuk produk dan spekulasi pasaran, hingga akhirnya kita kecundang dan mula begerak keluar dari lokasi hartanah yang satu ketika majoritinya orang Melayu apabila projek pembangunan hartanah dimajukan tidak melihat kepada kepada kemampuan ekonomi bumiputera tetapi sebaliknya berdasarkan kepada nilai kewangan lokasi!

4. Memartabatkan Ekonomi Melayu. Percayalah, hasrat Kerajaan memang murni bila merencanakan pelbagai dana, insentif dan galakan kepada usahawan Melayu/Bumiputera dalam bidang kontraktor, IKS, perkhidmatan, peruncitan dll, tetapi ianya tidak boleh berkembang kerana asas perniagaan ini iaitu Industri Pembangunan Hartanah tidak dipecahkan dan diberi perhatian. Kita perlu wujudkan lebih ramai Usahawan Pemaju Hartanah Melayu kerana apabila wujud ramai Usahawan Melayu ini, barulah secara SEMULAJADI kontraktor-kontraktor Melayu, Pengilang Produk Pembinaan, Peruncit dan pengedar bahan binaan dan perkhidmatan dan lain-lain usahawan yang berkaitan berkembang.
Tidak mungkin Pemaju bangsa lain akan melantik kontraktor utama dan sub Melayu kerana mereka ada jaringan sendiri yang terbentuk sekian lama, selain dari kontraktor Melayu tidak berpengalaman dan kekurangan modal!

Oleh itu, dengan wujudnya SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU ini diharapkan akan dapat menghubungkan hasrat kita kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar:

a. Mewujudkan Skim Galakan/Motivasi kepada Bakal-Bakal Usahawan Pemaju Hartanah terutamanya kepada Belia-Belia Melayu yang berpendidikan Universiti/Kolej dan yang berminat dalam perniagaan.

b. Memohon kepada Kerajaan Malaysia agar mewujudkan pelbagai Insentif kepada Usahawan-Usahawan pemaju Hartanah Melayu khususnya MEWUJUDKAN DANA USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU (KE ATAS TANAH PEMBERI-MILIKAN, TANAH REZAB MELAYU, TANAH WAKAF & TANAH ADAT).

c. Mewujudkan sebuah badan Pemantau bagi mentauliahkan sesebuah syarikat Pemaju Hartanah Melayu dan memberi nilai berdasar pengalaman dan kualiti produk serta etika perniagaan.

DAFTAR PENYERTAAN ANDA SEKARANG!
LAWAT LAMAN WEB RASMI www.hartanahmelayu.com iaitu Portal yang pertama mewujudkan Komuniti Usahawan Pemaju Hartanah Melayu.

AKAN MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI E-BOOK
`RAHSIA MEMULAKAN PERNIAGAAN PEMAJU HARTANAH'

Pakar & bijak pandai ekonomi selalu mengatakan bahawa Sektor Hartanah merupakan "KEY INDICATOR" kepada ekonomi sesebuah negara. Habis tu tunggu apa lagi, langkah pertama sertai kami di
www.hartanahmelayu.com !

Catat Ulasan

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cubaan beri komen
Tanpa Nama berkata…
ramai kononnya pemaju melayu. rumah lom di bina lagi dah sibok nak beli kereta mewah, melancong ke luar negara dsb.

perlu ditekan kan jugak pengurusan kewangan dan jugak pengurusan hawa nafsu.
hjrozman berkata…
Dalam bab ini, bukan hanya Pemaju sahaja, bahkan menjadi tabiat ataupun sikap hampir kebanyakkan Peniaga Melayu...Dah banyak kursus pengurusan perniagaan dan motivasi baik oleh pihak kerajaan mahupun swasta, jadi pihak kami tak perlulah ambil skop ini utk diketengahkan, biarlah pihak lain meneruskan pembelajaran ini.
Unknown berkata…
Usahawan melayu kena pandai menilai diri dan cara menggunakan wang dgn berhemah
hamblidesign berkata…
kena berdisiplan dlm bisnes niee...
hjrozman berkata…
Dalam kehidupan juga kena ada disiplin, kena ada akhlak dan kena ada had dan sempadan...

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik