Rahsia Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah - 1

Mungkin anda selalu mendengar khabar bahawa perniagaan pemajuan hartanah ini begitu menguntungkan.  Jadi, berapakah nilai perniagaan pemajuan hartanah ini? Mengikut laporan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bagi tahun 2006 sahaja sebanyak lebih dari 130,000 unit rumah pelbagai jenis telah diluluskan pembinaannya kepada pemaju-pemaju perumahan yang berlesen.  

Untuk mengira nilai jualan atau keuntungan bersih memang agak sukar dan memerlukan seseorang yang pakar mengira mengikut data-data yang dibekalkan oleh pihak kementerian tersebut.  Jadi memadai secara rambangnya kita melihat nilai keuntungan kasar purata setiap unit tersebut sebanyak RM30,000 seunit, maka adalah dianggarkan nilainya adalah hampir dari RM4 bilion!   

Ini tidak termasuk nilai purata keuntungan ke atas jualan-jualan bagi unit-unit kilang dan perindustrian, perdagangan termasuk kedai-kedai, pejabat, kompleks & pasaraya, apartment service (ketika itu masih belum dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan), hotel, resort dan chalet.

Siapakah kalangan yang berebut-rebut mengambil peluang untuk menikmati dan merasa kek yang bernilai RM4 bilion ini?  Tidakkah ANDA mahu mengikut petunjuk potensi yang benar ini?  Tidakkah anda terkelior untuk memperolehi setidak-tidaknya 1% dari kek keuntungan ini?  Jadi rebutlah peluang ini ketika di Negara ini masih banyak lagi tanah-tanah kosong untuk dimajukan ataupun bangunan-bangunan lama yang perlu dimajukan semula. 

(Dipetik dari buku 'Rahsia Menjadi Jutawan Pemaju Hartanah' yg sedang dalam proses akhir)

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sy minat sgt nk jd pemaju hartanah, usahawan pemaju perumahan yg berjaya, tp masalah sy cuma tiada modal,, mcm mana ye nk dptkn modal?? Sy byk idea yg kreatif, byk perancangan utk agama islam,.. boleh tlg sy? Ni number 0149405070 .. tiap2 ari sy doa pd Allah S.W.T supaya bukakn pintu rezeki sy utk jd usahawan pemaju perumahan yg brjaya.. arap tuan dpt bantu sy.. sy akan tunggu tuan bg jwpn

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik