Pandangan Yang Menyakitkan Mata...

Sektor perhotelan, termasuk resort, chalet dan rumah tetamu (kini lebih dikenali sebagai Homestay), rumah tumpangan, hostel, dll adalah salah satu sub-industri dalam sektor hartanah. Permintaan adalah berdasarkan kepada permintaan tetapi untuk resort dan chalet permintaan lebih banyak di lokasi yang menarik untuk percutian atau untuk merehatkan minda terutamanya di tepi pantai, dll.

Kumbahan najis dan saluran perparitan memang merupakan keperluan pada sesebuah pembangunan namun secara logiknya apabila ketersediaannya tanpa merujuk kepada istilah keperluan penting bagi percutian atau untuk merehatkan minda, saluran2 ini tentunya menjadikan keindahan menjadi jelek dan menyakitkan mata memandang.

Saluran pembentungan ini rasanya sudah agak lama dan pernah menjadi isu nasional lama dulu, dan tak tahu sama ada masih digunakan atau tidak. Namun yang pasti IWK sudah tentu ada jawapan untuk sistem rawatan kumbahan mekanikal untuk mengatasi masalah ini. Tak tau pulak apa prosedur bagi Jabatan Parit dan Saliar, mungkin asalkan air dari longkang boleh lepas ke laut agaknya selesai masalah mereka....

Nasib baik ada pokok kelapa yg masih indah untuk dipandang....


Sumber: https://www.facebook.com/pages/Hartanah-Melayu/295813403771208?ref=hl


Catat Komen

0 Ulasan

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu

Gambar-Gambar Seminar Usahawan Hartanah Melayu
Harap maaf, gambar kurang cantik